Cari @ Amanz

Setelah melancarkan pelayar web Google Chrome 15 tempoh hari, hari ini, Google telah pun melangkah setapak kehadapan, dengan memperkenalkan versi beta untuk Chrome 16 kepada umum, dimana membolehkan para pengguna pelayar web yang semakin meningkat popularitinya itu untuk sync-akan data pada pelayar web mereka terus ke awan, dan aksesnya melalui pelbagai komputer yang lain.

Melalui versi beta terbaru ini, ia membolehkan para pengguna untuk mendaftar masuk ke pelayar web Chrome, dan sekaligus membawa data mereka, seperti bookmark, tetapan pelayar web, kata laluan yang disimpan dan sebagainya dengan mudah dan mengaksesnya dimana-mana pelayar web Chrome yang lain dengan mudah dan pantas.

Perkara ini amat berguna bagi mereka yang gemar mengakses internet menggunakan pelayar web Chrome menggunakan lebih daripada satu komputer, sebagai contoh di pejabat dan rumah, sekaligus memudahkan anda membawa data pelayaran anda kemana sahaja dengan mudah.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh menguji fungsi baru ini melalui Chrome 16 Beta, dan memberikan maklumbalas berkenaan ciri-ciri baru ini sebelum ianya dilancarkan kepada umum tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd