Cari @ Amanz

Nampaknya, dengan tahun yang menghampiri kepada akhir tahun, semua pengeluar peranti mula mengeluarkan peranti baru mereka, dimana selepas Motorola, Nokia dan Samsung memperkenalkan peranti masing-masing, kini HTC turut sama melakukan perkara serupa, dengan mengumumkan mengenai HTC Rezound, yang mana turut sama membawakan teknologi audio Beats padanya.

Melalui HTC Rezound, ia membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, RAM 1GB, menggunakan kamera belakang 8-megapixel, skrin sentuh seluas 4.3-inci, dan menggunakan Android 2.3 Gingerbread. HTC turut sama mengumumkan yang mana HTC Rezound akan menerima Ice Cream Sandwich pada awal tahun hadapan.

Buat masa ini, tarikh jualannya di Malaysia dan harga jualan tempatan masih lagi tidak diketahui lagi. Mungkinkah ianya akan dilancarkan bersama-sama Galaxy Nexus di Malaysia, sama seperti di luar negara?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd