Cari @ Amanz

Sepanjang minggu lepas, ia kelihatan yang mana carian lebih tertumpu kepada filem-filem terbau di panggung wayang, dan pada masa yang sama, amat mengejutkan kerana carian paling popular pada minggu lepas adalah berkenaan dengan manga Naruto yang terkini. Secara kasarnya, ia boleh dikatakan carian lebih tertumpu kepada topik hiburan pada minggu lepas.

Berikut merupakan carian terhangat yang dilakukan melalui Google Malaysia sepanjang 28 Oktober sehingga 3 November yang lepas:

Naruto 561

Ia kelihatan yang mana sepanjang minggu lepas, para peminat manga tanah-air amat berminat untuk mengikuti bab terbaru Naruto yang dilepaskan, iaitu Naruto 561.

7aum Arivu / Bodhidharma

Dengan musim perayaan Deepavali, ia dilihat ramai yang membuat carian mengenai filem 7aum Arivu yang mula ditayangkan pada minggu lepas, mengisahkan mengenai salah seorang sami buddha bernama Bodhidharma dan penyiasatan mengenai beliau pada masa kini.

In Time

Lagi satu filem terbaru yang mula ditayangkan dipawagam baru-baru ini yang mana mengisahkan mengenai Justin Timberlake yang mana telah dituduh bunuh, dan pada masa yang sama terpaksa memikirkan cara untuk mematikan sistem dimana mereka yang kaya boleh hidup selamanya.

Velayutham

Lagi satu filem yang dilancarkan dipagawam baru-baru ini bersempena dengan Deepavali, mengisahkan mengenai salah seorang rakyat biasa yang berlawan dengan permasalahan di negara dia.

Maharaja Lawak Mega

Rancangan realiti terbaru daripada Astro, yang mana memperlihatkan lebih 47 pelawak dari Malaysia, Singapura dan Indonesia bersaing untuk takhta tersebut.

Ra One

Filem terbaru lakonan Shahrukh Khan yang mana mengisahkan mengenai superhero fiksyen, dan Shahrukh Khan memainkan dua watak berbeza, iaitu saah seorang pembangun permainan, dan juga watak superhero pada filem tersebut.

Halloween / Halloween Date

Ramai yang mula mencari pelbagai informasi dan gambar-gambar berkaitan dengan acara perayaan tersebut.

Lee Chong Wei / Badminton

Pemain perseorangan badmintoon nombor satu Malaysia, telah pun menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago dalam masa 39 minit, dan memenangi Yonex French Open di Paris pada hari Ahad yang lepas.

Greyson Chance

Para peminat Malaysia mula mencari maklumat tambahan apabila ia kedengaran yang mana artis Amerika, yang berumur 14-tahun akan membuat penampilam khas pada acara Anugerah Industri Muzik pada 12 November ini.

Battlefield 3

Permainan FPS yang dinantikan ramai, iaitu Battlefield 3 telah pun dilancarkan di pasaran Malaysia pada minggu lepas, membawakan penamatan kepada siri permainan yang dinantikan ramai itu, dengan grafik yang amat menarik sekali.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd