Seperti semua sedia maklum, pada penghujung minggu ini, umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya AidilAdha, dan pada masa yang sama mereka yang pergi melaksanakan Rukun Islam Ke-5 di Mekah, akan melakukan ibadah haji bersama-sama dengan 2.5 juta umat Islam yang lain disana. Dan menariknya, perkara tersebut akan turut sama ditayangkan secara langsung melalui saluran YouTube hasil kerjasama pihak kerajaan Arab Saudi dan juga Google.
Melaluinya kelak, para pengguna internet seluruh dunia boleh menyaksikannya dan pada masa yang sama berinteraksi dengan rakan-rakan mereka yang lain di seluruh dunia secara langsung melalui saluran YouTube rasmi untuknya.
Ini bukanlah kali pertama kerajaan Arab Saudi bekerjasama bersama-sama dengan pihak Google, dimana sebelum ini pada bulan Ramadhan, dimana mereka telah menyiarkan solat terawih langsung dari Mekah ke seluruh dunia.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh melanggan saluran rasmi YouTube untuk siaran tersebut, dan ikutinya secara langsung pada penghujung minggu ini.