Cari @ Amanz

Mungkin ramai yang mengenali akan Digicert, iaitu salah satu badan di Malaysia yang mana mengeluarkan sijil kepercayaan dan sekuriti untuk web-web perniagaan dan perkhidmatan. Namun, mungkin kini mereka perlu menstruktur pengeluaran sijil mereka, dimana kini Microsoft dan juga Mozilla menarik kembali kepercayaan mereka terdapat Digicert.

Ia diperkatakan yang mana Digicert telah pun mengeluarkan beberapa sijil dengan sekuriti yang rendah, menggunakan kunci RSA 512-bit dan beberapa extensions yang hilang pada sijil mereka.

Ia turut dilaporkan yang mana Entrust akan menarik kembali sijil CA daripada Digicert pada atau sebelum hari Selasa ini, dan masih lagi memberikan peluang kepada pihak Digicert Malaysia untuk mengubah kembali sijil SSL mereka.

Menurut Mozilla, seseorang pengodam atau penjenayah siber boleh menyalah-gunakan sijil yang lemah ini untuk meniru laman pemilik asal, sekaligus menipu para pengguna yang mempercayai sijil yang dikeluarkan oleh Digicert Malaysia.

Pihak Digicert Malaysia masih belum mengeluarkan komen rasmi mereka buat masa ini.

Tips awal daripada Azam.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd