Sony Ericsson Membawakan Fungsi Terbina Seumpama Swype Melalui Kemaskini Android 2.3.4

Sony Ericsson Membawakan Fungsi Terbina Seumpama Swype Melalui Kemaskini Android 2.3.4

Diterbitkan pada November 4, 2011 oleh .

Mungkin semua sedia mengenali akan aplikasi Swype yang mana memudahkan anda menaip perkataan dengan hanya menyapu pada bahagian skrin sahaja tanpa perlu menaip satu per satu seperti kebiasaannya. Menariknya adalah dimana kini Sony Ericsson turut memperkenalkan fungsi yang serupa terbina melalui kemaskini Android 2.3.4 Gingerbread untuk peranti Xperia.

Bagi para pengguna Xperia, mungkin ramai yang menantikan kemaskini yang bakal diperkenalkan ini, dimana fungsi ini dipanggil sebagai Gesture Input, membolehkan para pengguna menulis pada peranti Xperia dengan mudah dan pantas, samada pada SMS, Twitter, chat ataupun dimana sahaja ia memerlukan input teks.

Selain daripada itu, Sony Ericsson juga turut sama membawakan beberapa sokongan baru, termasuk sokongan untuk merakamkan gambar paparan skrin, dan banyak lagi sokongan baru bersama-sama dengannya.

Kemaskini Android 2.3.4 Gingerbread akan diperkenalkan kepada pengguna seluruh dunia secara berperingkat, dan sebahagiannya telah mula menerimanya sejak minggu lepas.


TIPS & ULASAN