Nyah-kotak Samsung Galaxy Note

Nyah-kotak Samsung Galaxy Note

Diterbitkan pada November 5, 2011 oleh .

Samsung Galaxy Note ialah peranti dalam pengelasan baru yang diberikan nama “note” oleh pihak Samsung yang mana merupakan kelas baru diperkenalkan, diantara tablet dan juga telefon pintar. Dengan skrin sebesar 5.3″, Samsung mengikut jejak langkah yang dilakukan oleh Dell suatu ketika dahulu dengan peranti Dell Streak. Dell Streak merupakan peranti pertama yang bersaiz sebegini. Malang bagi Dell, Streak gagal menarik minat pengguna dan dihentikan penjualannya pada Ogos yang lalu.

Jadi apa istimewanya Note berbanding peranti lain yang berada di pasaran hari ini? Selain saiz yang lebih besar ia juga mengintegrasikan penggunaan stylus bagi memberikan fungsi seakan PDA yang cukup popular suatu ketika dahulu.

Dari segi spesifikasi, Galaxy Note ialah merupakan penaik-tarafan daripada Samsung Galaxy S II, membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.4 Ghz berbanding hanya cip dwi-teras 1.2 Ghz pada SGS2. Skrin Super Amoled HD yang mempunyai kepadatan pixel yang lebih tinggi (217 vs 285 ppi) menggantikan skrin Super Amoled Plus pada SGS2.

Seperkara lagi Galaxy Note menggunakan resolusi WXGA (1280x 800) yang lebih tinggi berbanding WVGA (800×600) pada SGS2. Perbezaan terakhir antara dua peranti Samsung ini ialah ketiadaan fungsi NFC pada Note. Kamera belakang 8 megapixel dan kamera hadapan 2 megapixel melengkapkan spesifisasi “note” ini. Ianya boleh didapati dalam dua variasi iaitu 16 dan 32 GB. Harga jualannya di Malaysia masih tidak diketahui dan dijangka akan diumumkan Samsung pada minggu hadapan.

Adakah Samsung Galaxy Note sebuah peranti untuk anda? Adakah penaik-tarafan ini akan memberikan pretasi yang lebih elok berbanding SGS2? Nantikan ulasan penuh kami tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN