Aplikasi iOS Amanz Bakal Dilancarkan – Dijana Oleh Wut2Feed

Aplikasi iOS Amanz Bakal Dilancarkan – Dijana Oleh Wut2Feed

Diterbitkan pada November 4, 2011 oleh .

Mungkin bagi yang mengikuti perkembangan syarikat ICT tempatan, mungkin anda sedia maklum berkaitan dengan syarikat baru yang bakal dilancarkan pada minggu hadapan, iaitu WutMedia, memfokuskan kepada pembangunan aplikasi iOS dan mudah-alih yang lain. Dan kini, saya telah mendapat beberapa maklumat asas berkenaan dengan aplikasi Wut2Feed yang bakal dilancarkan oleh mereka.

Buat masa ini, info berkaitan dengan Wut2Feed yang mana menjana aplikasi iOS Amanz kelak masih lagi tidak diketahui, kerana perbincangan dilakukan oleh CEO Amanz Network bersama pembangunnya, dimana Encik Ikhwan Nazri yang turut dikenali sebagai @tekong amat berahsia orangnya.

Namun, melalui apa yang kelihatan sekarang ini, salah satu produk yang bakal diperkenalkan oleh pihak WutMedia kelak adalah sebuah aggregator untuk iOS dan juga Android. Ia masih tidak diketahui samada adakah WutMedia akan melancarkan perisian ataupun aplikasi yang dikenali sebagai Wut2Feed ini secara berbayar ataupun percuma.

Selain daripada itu, apa yang menjadi tanda tanya adalah bagaimanakah rekabentuk dan antaramuka aplikasi Amanz kelak akan kelihatan? Sama-sama ktia nantikan pelancaran Wut2Feed dan WutMedia pada Jumaat hadapan, iaitu pada 11 November kelak.

Sementara itu, bagi para pengguna Symbian, anda boleh memuat-turun aplikasi Amanz terus daripada Nokia Store secara percuma.

Amanz.my for iPhone is waiting for review in App Store. http://t.co/6vXNqMYd
Nov 04 via Twitter for MacFavoriteRetweetReply


TIPS & ULASAN