Mungkin semua sedia maklum yang mana Google mengeluarkan data dan statistik penggunaan Android mereka setiap beberapa minggu sekali, dan melalui data terkini yang dikeluarkan oleh pihak Google, ia memperlihatkan yang mana kini, versi Android yang paling luas digunakan adalah Gingerbread, dimana lebih 44.4% peranti seluruh dunia menggunakan Android Gingerbread.
Ia juga pada masa yang sama memperlihatkan penggunaan versi Froyo yang memegang takhta selama ini, dimana Froyo kini hanya digunakan sekitar 40.7% sahaja berbanding lebih 45% pada bulan lepas. Tablet Android juga mengalami peningkatan sebanyak 1%, dimana penggunaan Android 3.2 Honeycomb memperlihatkan peningkatan, sebaliknya versi 3.0 memperlihatkan pengurangan berbanding bulan lepas.
Untuk makluman semua, Google mengeluarkan data ini untuk para pembangun, dimana melaluinya ia membolehkan para pembangun mengetahui mereka perlu memfokuskan aplikasi mereka lebih kepada platform Android yang mana, berdasarkan angka penggunanya.