Salah satu kaedah untuk membandingkan peranti-peranti Android adalah dengan menggunakan aplikasi AnTuTu Benchmark, dan menariknya, kini paparan perbandingan AnTuTu antara tablet terbaru daripada Asus yang masih belum dikeluarkan ke pasaran berbanding peranti-peranti lain Android diperlihatkan, sekaligus menunjukkan betapa berkuasanya tablet Asus Transformer Prime yang bakal dijual tidak lama lagi.
Asus Transformer Prime dijangka akan diumumkan pada minggu hadapan, dimana spesifikasi penuh peranti tersebut dijangka akan diumumkan. Namun salah satu perkara yang telah disahkan, adalah dimana ianya akan menggunakan cip pemprosesan empat-teras padanya, dan menjadi antara yang terawal menggunakan cip empat-teras mudah-alih Tegra 3.
Melalui perbandingan yang diperlihatkan melalui ujian AnTuTu, ia memperlihatkan yang mana peranti Transformer Prime ini jauh kehadapan berbanding peranti yang lain, termasuk Galaxy Nexus yang dikeluarkan baru-baru ini dengan Android 4.0.