Google Melalui Chromium Turut Mula Menghalang Sijil Yang Dikeluarkan Digicert Malaysia

Google Melalui Chromium Turut Mula Menghalang Sijil Yang Dikeluarkan Digicert Malaysia

Diterbitkan pada November 4, 2011 oleh .

Mungkin semua sedia maklum akan kes Digicert Malaysia hari ini, dimana Entrust yang memberikan lesen pengedaran untuk sekurit pelayaran kepada Digicert Malaysia, seperti sijil SSL dan S/MIME telah pun mengumumkan yang mana mereka akan menarik kembali hak tersebut bermula daripada Selasa hadapan. Ia diperkatakan sebanyak 22 laman telah diberikan sijil 512-bit yang mana melanggar syarat dan perjanjian bersama Entrust.

Melalui penggunaan sijil dengan sekuriti rendah ini, ia akan membolehkan pengodam mahupun penyerang, menyalahgunakan perkara tersebut, dan membuatkan para pengguna biasa mempercayai sekuriti yang ditawarkan oleh sesuatu web itu, melalui sijil daripada pihak Digicert Malaysia dan Entrust. Untuk mengelakkan perkara tersebut, Entrust telah pun mengumumkan penarikan kembali hak pengedaran sijil tersebut kepada Digicert Malaysia.

Bersama-sama dengan Digicert, selepas Microsoft dan Mozilla mengumumkan penarikan kembali kepercayaan kepada Digicert Malaysia, kini Google melalui versi pembangunan Chromium terkini turut memperlihatkan mereka akan melakukan perkara sama.

Antara laman terkemuka tempatan yang menggunakan Digicert Malaysia adalah laman LHDN, dan juga kebanyakkan laman web kerajaan.

Sehingga kini, Digicert Malaysia masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan perkara ini.


TIPS & ULASAN