Cari @ Amanz

Setelah pelancaran Battlefield 3 tempoh hari di Malaysia, kini semestinya ramai pemain tempatan yang menantikan permainan Call of Duty : Modern Warfare 3. Kini ia dilaporkan yang mana jualan permaianan ini akan dimulakan pada tengah malam hari Isnin ini (7 November) oleh salah satu pengedar rasmi permainan tersebut di Malaysia, iaitu Gamer’s Hideout bertempat di 1 Utama.

Menurut Gamer’s Hideout, selain daripada jualan untuk mereka yang melakukan pra-tempahan, mereka juga akan membuka jualan kepada mereka yang lain, dimana versi Xbox 360 dan juga versi PC akan dijual pada malam tersebut.

Call of Duty : Modern Warfare 3 merupakan salah satu permainan tembak-menembak orang pertama yang dinantikan ramai, dimana ianya menyambung kisah daripada tahun lepas, membawakan pengguna melalui pelbagai misi dalam menyelamatkan dan menyelesaikan masalah konflik dibeberapa buah negara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd