Cari @ Amanz

Selain daripada Sharp Aquos 3D, peranti 3D yang lain di pasaran tempatan adalah termasuk HTC Evo 3D dan juga LG Optimus 3D. Peranti daripada HTC dan juga LG ini sudah pun lama memasuki arena Malaysia, namun, kami baru sahaja dapat mencubanya, dan perkara pertama yang kami uji adalah fungsi rakaman 3D padanya.

Melalui LG Optimus 3D, ia membawakan sokongan untuk merakamkan gambar dan video dalam pilihan samada dalam bentuk 2D ataupun 3D. Selain daripada itu, ia juga turut sama membolehkan para pengguna menonton video 3D dengan mudah terus melaluinya.

Namun, salah satu perkara dan masalah yang dihadapi adalah dimana mata kita cepat letih apabila menonton video dalam bentuk 3D. Selain daripada itu, untuk mendapatkan efek 3D yang baik, peranti LG Optimus 3D perlu diletakkan pada suatu jarak. Kami akan membawakan ulasan penuh peranti ini dalam masa beberapa hari lagi.

Bagi yang berminat mendapatkannya, LG Optimus 3D ini telah mula dijual di Malaysia sejak bulan September yang lepas pada harga RM2199.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd