Dengan dunia perkongisan gambar melalui peranti pintar masing-masing kian meningkat dari hari ke hari, kini Photobucket memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi Snapbucket untuk Android dan iPhone, membolehkan anda berkongsi gambar dengan lebih mudah dan pantas.
Melalui aplikasi Snapbucket, ia turut sama membolehkan anda menambah beberapa efek pada gambar yang dikongsikan. Selain daripada itu, para pengguna juga boleh membuat efek mereka tersendiri dengan mengabungkan beberapa perubahan yang sedia didatangkan.
Seterusnya, selepas gambar telah diubah dengan menambah efek yang dikehendaki, para pengguna seterusnya boleh berkongsi imej tersebut terus dilaman Twitter, dan Facebook dengan pantas.
Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi SnapBucket ini secara percuma terus melalui Android Market, ataupun App Store dan mula menggunakannya hari ini.