Carian
Pembangun Malaysia Memperlihatkan Idea Mengecas Telefon Pintar Menggunakan Gerakan
November 5, 2011 Aman

Mungkin semua sedia maklum akan masalah bateri yang terdapat pada telefon pintar, dimana jarang sekali ianya dapat digunakan pada tempoh yang lama, melebihi sehari. Menariknya, kini salah seorang pembangun Malaysia memperlihatkan idea untuk mengatasi perkara ini dengan menggunakan konsep pengecasan sama seperti yang terdapat pada jam tangan.

Melaluinya kelak, para pengguna telefon pintar boleh mengecas telefon pintar mereka dengan gerakan ataupun mengoyangkannya sahaja. Para pengguna juga boleh mengecasnya dengan mudah sambil bergerak, ataupun pada masa yang sama sedang menggunakan peranti mereka.

Walaubagaimanapun, perkara ini masih lagi pada peringkat awal, dimana pada peringkat fasa idea lagi, dan telah dihantarkan untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh GIST. Para pembaca yang berminat, boleh mengundi idea beliau dengan mudah, dengan hanya klik pada butang Like pada YouTube, dan sama-sama merealisasikan idea tersebut.

Komen