Cari @ Amanz

Mungkin semua sedia maklum akan yang mana Mozilla telah pun memperkenalkan latar masa pembangunan yang serba baru, menjadikan pengeluaran Firefox lebih pantas. Buat masa ini, Firefox 7 telah pun dilepaskan, dan Firefox 8 dalam fasa beta. Namun, persoalannya, adakah pasaran Firefox bahaya dengan pelbagai keluaran versi yang dihasilkan dalam tempoh yang singkat.

Salah satu masalah yang terdapat pada Firefox adalah dimana ia tidak mengemaskini pelayar web kepada versi terbaru secara automatik, sepertimana terdapat pada Chrome. Namun perkara ini dijangka akan diatasi melalui versi Firefox 10 kelak.

Buat masa ini, daripada data yang dikeluarkan, kelihatan lebih 28% masih menggunakan Firefox 3.6.x versi legasi, selain mana majoriti pengguna menggunakan Firefox 7 terkini, iaitu lebih 56%. Dan diantaranya, sebanyak 15% pengguna menggunakan Firefox 4,5, dan 6.

Antara sebab utama dikatakan yang mana pengguna tidak beralih kepada versi terbaru adalah dimana beberapa plugin yang digunakan bersama tidak menyokong versi terbarunya. Ini mungkin disebabkan kebanyakkan pembangun merupakan pembangun bebas, dan membangunkannya secara suka-suka, menjadikan masa pembangunan mereka terhad, dan tidak boleh mengeluarkan versi baru setiap 6 minggu.

Namun, mungkin perkara ini akan diatasi tidak lama lagi, memandangkan Mozilla pernah mengatakan yang mana ia akan menyokong sesuatu versi sekurang-kurangnya untuk tiga versi.

Mungkin kita akan dapat melihat sesuatu yang menarik bermula daripada Firefox 10 kelak, bermula awal tahun hadapan kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd