Samsung Galaxy Note Akan Dijual Pada Harga RM2299 Di Malaysia?

Samsung Galaxy Note Akan Dijual Pada Harga RM2299 Di Malaysia?

Diterbitkan pada November 6, 2011 oleh .

Nampaknya, mungkin tidak perlu tunggu lama lagi untuk ketahui harga peranti Samsung Galaxy Note, apabila kini melalui forum IT terkemuka Malaysia, iaitu Lowyat.net, ia dilaporkan yang mana peranti bersaiz 5.3-inci daripada Samsung ini akan berharga RM2299, dan beberapa pengedar rasmi Samsung di Malaysia telah pun memulakan pra-tempahan awal untuk peranti tersebut.


Gambar oleh Kampung2005 di Lowyat.net

Melalui Samsung Galaxy Note, peranti tersebut membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.4GHz, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, skrin sentuh Super AMOLED HD, dan menggunakan Android 2.3 Gingerbread bersama-sama dengannya.

Buat masa ini, Samsung masih lagi belum mengeluarkan harga peranti tersebut secara rasminya, tetapi telah pun mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan siri jelajah Malaysia untuk peranti tersebut bermula pada 11 November kelak.


TIPS & ULASAN