secQ.me – Aplikasi Keselamatan Peribadi Pada Android Dan iOS

secQ.me – Aplikasi Keselamatan Peribadi Pada Android Dan iOS

Diterbitkan pada November 6, 2011 oleh .

Dengan bahaya dan juga pelbagai kejadian yang tidak diingini dimana sahaja, semestinya ramai pengguna yang mencari pelbagai cara mudah untuk menghantakan mesej permintaan tolong dan sebagainya bila mereka menghadapi sesuatu masalah. Untuk perkara tersebut, salah satu pembangun tempatan telah pun memperkenalkan sebuah aplikasi mudah-alih dinamakan sebagai secQ.me.

Aplikasi ini telah pun diperkenalkan sejak daripada tahun lepas lagi, dimana ia didatangkan untuk para pengguna iOS dan juga Android. Melalui aplikasi ini, para pengguna boleh mengaktifkan fungsi geolokasi, dimana melaluinya, ia akan mengikuti dan menjejak anda, dan sekiranya anda tidak tiba ke lokasi yang disasarkan, ataupun menekan butang kecemasan, ia akan menghantar mesej kecemasan serta merta kepada ahli keluarga terdekat anda dengan pantas.

Pada masa yang sama, untuk menambah bukti dan sebagainya, ia turut didatangkan dengan sokongan rakaman gambar, video dan juga audio, dimana segala yang dirakamkan akan dihantar ke pelayan SecQ.me terus, dan menyimpan salinan di sana.

Selain daripada secQ.me, salah satu aplikasi yang menarik yang mana bercirikan keselamatan adalah myDistress, yang mana menghantar terus mesej kecemasan kepada pihak polis, dan polis peronda akan terus ke lokasi dan dengan pantas. Namun begitu, myDistress hanya menyokong negeri Selangor sahaja buat masa ini.

Bagi mereka yang berminat dengan aplikasi secQ.me, anda boleh memuat-turunnya secara percuma terus daripada Apple AppStore ataupun Android Market dan mula menggunakannya hari ini.


TIPS & ULASAN