Cari @ Amanz

Nampaknya, sedikit demi sedikit info berkenaan dengan Windows 8 Beta mula kedengaran dan kelihatan. Terkini ia diperlihatkan yang mana Windows 8 kelak akan membawakan sokongan untuk mengubah rekabentuk dan warna latar belakang untuk skrin desktop Windows 8 mengikut citarasa pengguna.

Walaubagaimanapun, ia kelihatan yang mana Microsoft masih tidak memberikan peluang untuk mengubah latar belakang menggunakan gambar. Mungkin ia akan diperkenalkan pada versi akhir kelak, dan masih tidak diketahui buat masa ini.

Selain daripada itu, ia juga diperlihatkan yang mana Windows 8 turut sama akan didatangkan dengan kebolehan untuk membina folder dengan membolehkan mengumpulkan aplikasi dan menyusunnya dengan mudah padanya.

Mungkin lebih banyak lagi maklumat berkaitan Windows 8 Beta akan diperlihatkan tidak lama lagi, dengan acara PDC 2011 yang menjelang tiba tidak lama lagi. Sebelum ini, ia turut diura-ura akan yang mana Windows 8 Beta akan dilepaskan kepada umum pada awal tahun hadapan. Sementara itu, para pengguna yang berminat boleh memuat-turun Windows 8 Developer Preview dan mengujinya hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd