Firefox 8 Bakal Dilancarkan Secara Rasminya Pada Hari Selasa Ini

Firefox 8 Bakal Dilancarkan Secara Rasminya Pada Hari Selasa Ini

Diterbitkan pada November 6, 2011 oleh .

Setelah melancarkan Firefox 7 pada saluran stabil enam minggu yang lalu, kini pihak pembangun Mozilla Firefox telah pun dalam persediaan akhir untuk melancarkan pelayar web generasi baru mereka kepada umum, dimana Firefox 8 kini disasarkan untuk pelancaran hari Selasa ini ke saluran stabil. Sehingga kini, ia masih belum dimuat-naik ke saluran FTP lebih awal, sepertimana yang dilakukan pada versi-versi sebelum ini.

Melalui Firefox 8, salah satu perkara yang dibawakan bersama adalah carian Twitter yang diintegrasikan, sekaligus tidak lagi memerlukan para pengguna untuk memasang plugin tambahan seperti sebelum ini. Pada masa yang sama, ia juga lebih dioptimasikan untuk menjimatkan penggunaan memori pada komputer, dan lebih responsif berbanding pelayar web sebelum ini, serta beroperasilebih pantas lagi.

Selain daripada kemaskini pada saluran stabil, saluran Beta juga akan mula menerima Firefox 9 dalam beberapa hari selepas pelancaran, dan Firefox 10 akan memasuki fasa pembangunan Aurora, serta Firefox 1 yang akan memasuki fasa pembangunan Nightly. Firefox 9 dijangka akan menjadi versi terakhir Firefox yang dilancarkan untuk tahun ini.


TIPS & ULASAN