Carian
Dell Latitude ST Tablet Dengan Windows 7 Bakal Hadir Ke Malaysia
November 6, 2011 Aman

Sebelum ini, Dell Malaysia merupakan yang pertama mengeluarkan video promosi untuk tablet Dell Latitude ST yang mana dijana menggunakan sistem operasi Windows 7, dan kini halaman memperlihatkan tablet tersebut akan datang ke Malaysia telah pun mula diperlihatkan. Buat masa ini, tarikh dan harga jualan untuk peranti tersebut di Malaysia masih tidak diketahui lagi.

Melalui Latitude ST, ia dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Atom dan juga menggunakan sistem operasi yang telah digunakan ramai pengguna seluruh dunia, termasuk perniagaan, iaitu Windows 7, sekaligus membolehkan pelbagai perisian dijalankan dengan mudah terus melaluinya, tanpa sebarang masalah. Ia juga menyokong pelbagai jenis aplikasi, termasuk Flash dan juga Silverlight, selain daripada Office yang sedia disokong.

Dari segi spesifikasi, ia akan membawakan skrin seluas 10.1-inci, ditawarkan melalui pilihan Windows 7 Home Premium, Professional ataupun Ultimate, memori sehingga 2GB DDR2, ruangan storan sehingga 128GB, dan didatangkan dengan kamera terbina untuk panggilan video melalui Skype, dan beberapa aplikasi yang lain.

Ia masih lagi tidak diketahui bilakah peranti ini akan boleh didapati di Malaysia secara rasmiya.

Komen