Lakaran Mozilla B2G Diperlihatkan – Demonstrasi Platform Mudah-Alih Pada Suku Pertama 2012

Lakaran Mozilla B2G Diperlihatkan – Demonstrasi Platform Mudah-Alih Pada Suku Pertama 2012

Diterbitkan pada November 6, 2011 oleh .

Seperti semua sedia maklum, Mozilla telah pun mengumumkan yang mana mereka akan memperkenalkan sisitem operasi untuk peranti mudah-alih yang mana berasaskan kepada web dan pelayar, dipanggil sebagai Boot 2 Gecko (B2G). Buat masa ini, ianya masih lagi baru, dan diperingkat eksperimen awal lagi. Namun, menariknya, rekabentuk konsep untuknya telah pun dimuat-naik ke halaman pembangunan baru-baru ini.

Melalui latar masa pembangunan, ia kelihatan yang mana projek ini masih lagi pada fasa awal pembangunan, dan perlu melalui pelbagai perkara lagi sebelum ianya dilancarkan, dan diperkenalkan kepada peranti mudah alih. Mozilla juga mensasarkan untuk memperlihatkan demonstrasi awal produk mereka itu seawal suku tahun pertama tahun 2012 kelak.

Memandangkan ianya masih lagi pada peringkat awal pembangunan, apakah yang akan dibawakan pada versi akhirnya kelak masih tidak diketahui sepenuhnya. Namun, salah satu perkara yang dijangka adalah dimana ianya akan menggunakan aplikasi berasaskan web dan HTML5 padanya, sekaligus mematikan aplikasi yang berbeza platform digunakan sekarang ini.

Sama-sama kita nantikan berita lanjut mengenainya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN