Cari @ Amanz

Seperti semua sedia maklum, YouTube merupakan salah satu perkhidmatan video terkemuka didunia, mengumpulkan jutaan lagu, dan antaranya adalah termasuk lagu bercirikan video muzik. Mengambil peluang daripada itu, salah satu perkhidmatan baru dilancarkan, iaitu Rokker.fm, membolehkan para pengguna mendengar lagu dan menonton video muzik dengan mudah melaluinya.

Buat masa ini, perkhidmatan berasaskan web ini masih lagi pada peringkat beta, dan membawakan antaramuka seakan kepada aplikasi iTunes yang popular. Pada masa yang sama, perkhidmatan Rokker.fm ini juga dijangka akan memberikan persaingan kepada beberapa perkhidmatan muzik-awan yang lain, memandangkan ianya ditawarkan secara percuma, dan menggunakan YouTube sebagai sumbernya.

Pada masa yang sama, para pengguna juga boleh mendaftarka akaun percuma pada perkhidmatan tersebut, sekaligus membolehkan anda membina senarai lagu-lagu kegemaran anda untuk dimainkan pada kemudian hari dengan mudah. Aplikasi iOS Rokker.fm juga dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd