Selain membuka perkhidmatan rasmi mereka di sekitar rantau Asia baru-baru ini dalam mengalakkan pembangunan kandungan video, kini ia juga dilaporkan yang mana YouTube bakal mengumumkan kerjasam bersama-sama dengan pihak Disney tidak lama lagi, sekaligus membawakan pelbagai kandungan secara atas talian melalui YouTube.
Ia diperkatakan yang mana kedua-dua gergasi ini akan mengumumkan kerjasama bernilai sebanyak $10 hingga $15 juta, dimana melaluinya Disney akan mengeluarkan beberapa siri video yang akan ditayangkan melalui saluran Disney di YouTube.
Melaluinya, ia akan membolehkan Disney menyertai dunia atas-talian dengan mudah dan poantas, selain mana pada masa yang sama membolehkan YouTube mendapat pelbagai kandungan eksklusif khas, dan bersaing dengan beberapa perkhidmatan video lain yang menyediakan kandungan atas-talian.