HTC Mengumumkan Lebih 7 Peranti Akan Menerima Ice Cream Sandwich Awal Tahun 2012 Kelak

HTC Mengumumkan Lebih 7 Peranti Akan Menerima Ice Cream Sandwich Awal Tahun 2012 Kelak

Diterbitkan pada November 7, 2011 oleh .

Dengan Google mengumumkan Android Ice Cream Sandwich pada bulan lepas, semestinya ramai pengguna peranti sedia ada menantikan kemaskini platform tersebut, dan menariknya hari ini HTC secara rasminya telah mengeluarkan kenyataan, memperlihatkan lebih 7 peranti sedia ada mereka akan menerima kemaskini Ice Cream Sandwich pada awal tahun hadapan.

Peranti daripada HTC yang bakal menerima Ice Cream Sandwich pada awal 2012 kelak adalah termasuk HTC Sensation, HTC Sensation XL, HTC Sensation XE, HTC Rezound, HTC Evo 3D, HTC Evo Design 4G, dan juga HTC Amaze 4G.

Pada masa yang sama, HTC turut mengatakan yang mana ini hanyalah fasa pertama sahaja, dan mungkin lebih banyak peranti akan menerima Ice Cream Sandwich pada fasa kedua kelak.


TIPS & ULASAN