Lebih Maklumat Berkaitan Permainan GTA V Mula Kelihatan

Lebih Maklumat Berkaitan Permainan GTA V Mula Kelihatan

Diterbitkan pada November 7, 2011 oleh .

Bagi para peminat permainan Grand Theft Auto, semestinya GTA V merupakan salah satu permainan yang dinantikan mereka. Sebelum ini, pada minggu lepas, Rockstar Games telah pun mengeluarkan video promosi pertama untuk permainan tersebut, dan menariknya, kini melalui GTAForums.com beberapa info awal berkaitan dengan permainan tersebut kelihatan, namun kesahihannya masih lagi tidak dapat dipastikan sepenuhnya.

Berikut merupakan beberapa info awal yang dikongsikan melalui forum tersebut:

  • Peta dan dunia GTA V lebih besar dan luas daripada sebelumnya, diperkatakan bandar utamanya, Los Santos lebih 4 kali ganda besar daripada Liberty City di GTA 4. Bandar kelilingnya juga amat besar, dan dihiasi dengan pelbagai pemandangan menarik, dengan grafik yang lebih dipertingkatkan lagi.
  • Pemain kini boleh memanjat lebih banyak perkara, dan terdapat pelbagai elemen yang menyokongnya, seperti tangga dan lain-lain.
  • Para pemain kini turut sama boleh mengawal kapal terbang, dan melanggar banggunan menggunakannya.
  • Kereta boleh dinaik-taraf dan ia turut diperkatakan yang mana pemain mungkin dikehendaki mengisi minyak ketika memandunya.
  • Pemain boleh menggunakan watak NPC (yang tidak boleh dimainkan) sebagai lindungan, seumpama pada keadaan tebusan.
  • …dan banyak lagi perkara yang akan didatangkan bersama-sama dengannya.

Buat masa ini, tarikh rasmi untuk pelancaran permainan Grand Theft Auto 5 ini masih lagi tidak diketahui. Namun, semestinya, ia akan kian menjadi salah satu permainan yang dinantikan ramai pemain dan peminatnya.

TIPS & ULASAN