Cari @ Amanz

Facebook Kini Membolehkan Kemaskini Profil Dihantar Ke Akaun Twitter

Oleh Aman

Link Copied!

Akhirnya, setelah sekian lama dinantikan, kini Facebook secara rasminya menyokong fungsi untuk menghantar kemaskini anda terus ke profil Twitter dengan mudah, sekaligus pada masa yang sama membolehkan anda mengemaskini kedua-dua laman sosial itu dengan mudah dan pantas.

Sebelum ini, pihak Facebook telah pun memperkenalkan fungsi yang serupa untuk para pengguna Facebook Pages untuk menghantar kemaskini mereka kepada Twitter dengan mudah, dan kini fungsi tersebut diperluaskan dengan diperkenalkan kepada pengguna profil biasa pada Facebook.

Walaubagaimanapun, hanya kemaskini yang dilabelkan sebagai “Umum” sahaja yang akan diperlihatkan di Twitter, dan sebaliknya tidak akan diperlihatkan. Selain itu, para pengguna juga dengan mudah boleh berkongsi apa sahaja, daripada gambar, pautan, kemaskini status dan sebagainya ke akaun Twitter mereka.

Untuk mengaktifkan fungsi ini, para pengguna hanya perlu ke halaman Facebook Twitter, dan boleh menguruskan segala akaun dibawah kendalian anda dengan mudah melaluinya.


Komen ()