Cari @ Amanz

Salah satu fungsi yang dinantikan ramai pengguna adalah fungsi halaman khas untuk perniagaan dan jenama, dan menariknya, hari ini, Google melancarkan secara rasminya fungsi tersebut, dikenali sebagai Google+ Pages. Namun begitu, buat masa ini, fungsi ini masih diperingkat ujian lagi, dan masih belum boleh didaftarkan oleh semua perniagaan ataupun jenama, dan dijangka akan dibuka kepada umum tidak lama lagi.

Sama seperti fungsi Facebook Pages, ia membolehkan sesuatu perniagaan atau jenama berkomunikasi dengan mudah melalui halaman mereka. Dan menariknya, memandangkan ianya turut sama didatangkan bersama-sama dengan sokongan Hangout, jenama dan perniagaan juga boleh mengadakan acara-acara menarik secara langsung bersama-sama dengan peminat dan pengguna mereka.

Buat masa ini, Google+ bersama-sama dengan beberapa jenama dan perniagaan telah melancarkan fungsi Google+ Pages ini, dan pendaftaran untuk semua dijangka akan dibuka tidak lama lagi.

Dengan fungsi seperti Hangout yang membolehkan interaksi menjadi lebih interaktif, mungkinkah kita akan melihat para jenama beralih ke Google+ Pages tidak lama lagi?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd