Carian
SocialShout Bakal Dilancarkan Sekitar Minggu Hadapan – Ganjaran Kepada Aktiviti Sosial Anda
November 8, 2011 Aman

Mungkin ramai yang sedia kenali akan perkhidmatan Says.my dan juga ChurpChurp. Kini, perkhidmatan baru muncul membawakan cara dan kaedah baru untuk para pengguna perkhidmatan sosial seperti Twitter, Facebook, FourSquare dan lain-lain, dimana SocialShout lebih utamakan kepada tawaran menarik dan diskaun melalui perkhidmatan mereka itu.

Menariknya adalah dimana SocialShout bukan dikira dari segi klik, tetapi sebaliknya ia lebih kepada pemberian mata ganjaran berdasarkan kepada betapa aktifnya seseorang pengguna itu di sesuatu laman sosial. Malah menurut SocialShout, para pengguna yang telah lama menggunakan perkhidmatan seperti Facebook, Twitter dan sebagainya, sebaik sahaja mereka mendaftarkan akaun, mereka akan menerima mata ganjaran, mengikut betapa aktifnya mereka.

Setiap aktiviti, seperti Tweet, kemaskini pada Facebook, dan daftar masuk lokasi pada FourSquare membawakan kepada setiap mata ganjaran yang berbeza, dan apabila mata ganjaran yang dikumpulkan mencapai suatu tahap, mereka boleh mengubahnya kepada diskaun pembelian, dalam mendapatkan tawaran menarik dalam memberi perkhidmatan yang ditawarkan.

Untuk para perniagaan yang menggunakan perkhidmatan mereka pula, mereka akan mendapat komen tulus daripada para pengguna sendiri, selain pada masa yang sama akan mendapat pemasaran efektif melalui rangkaian sosial, yang mana semakin meningkat naik popularitinya hari demi hari.

Buat masa ini, ia dalam fasa pembangunan terakhir, dan mungkin kita akan mendapat lebih banyak maklumat berkaitan SocialShout ini ketika pelancarannya kelak, yang disasarkan akan berlaku sekitar hari Khamis atau Jumaat minggu hadapan.

Komen