Dewan Bahasa & Pustaka Mula Mempromosikan PRPM Di Laman Sosial

Dewan Bahasa & Pustaka Mula Mempromosikan PRPM Di Laman Sosial

Diterbitkan pada November 8, 2011 oleh .

Salah satu perkhidmatan atas-talian tempatan yang menarik adalah yang disediakan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu, dimana membolehkan para pengguna tempatan mendapakan maksud sebenar kepada istilah Bahasa Malaysia dengan tepat, selain turut menyediakan beberapa perkhidmatan tambahan melaluinya. Menariknya, kini dilihat sebuah halaman Facebook untuknya telah aktif, disamping promosi di laman sosial mula dilakukan.

Melalui perkhidmatan web yang dikenali sebagai PRPM itu, Dewan Bahasa dan Pustaka membawakan fokus utama kepada penggunaan Bahasa Malaysia yan tepat didalam penerbitan, selain pada masa yang sama mempromosikan Bahasa Malaysia ke mata dunia.

Pada masa yang sama, para pengguna juga boleh mencari kata sinonim melaluinya, selain turut menterjemah kata-kata pada Bahasa Inggeris terus ke Bahasa Malaysia dengan mudah.

Mungkin pihak DBP juga boleh terus mempromosikannya, dengan memperkenalkan aplikasi pada laman Facebook, selain aplikasi mudah-alih, dan bekerjasama bersama pihak lain, seperti Google Malaysia dan sebagainya dalam terus mempromosikan Bahasa Malaysia ke mata dunia.


TIPS & ULASAN