Cari @ Amanz

TechTroll

Untuk #techtroll kali ini, kami menerbitkan karya dari @huzaifah. Kalau anda rasa ada idea lawak, kirimkan #techtroll anda ke [email protected]. Kalau lawak baru kami terbitkan. Harap terhibur

Selepas kehadiran SIRI pada Iphone 4S, ramai yang sangat teruja dan tidak kurang juga yang mencemuh kerana aplikasi tersebut hanya menyokong dialek amerika syarikat sahaja.Ini sangat diskriminasi terhadap orang Malaysia dan Arab Saudi. Kini,pihak kami mendapat satu berita yang sangat mengujakan,iaitu salah satu syarikat Malaysia kini sedang hampir menyiapkan satu aplikasi ios yang bakal menggantikan SIRI. Aplikasi tersebut dinamakan SIRI-M. (Siri Malaysia).

Aplikasi tersebut dikatakan sangat hebat kerana dapat menukarkan arahan suara kepada iphone dan ditukarkan dalam bentuk tindakan.Contohnya,” SIRI-M (disebutkan terus SIRIM, dan bukan SIRI-dash-M/SIRI-sengkang-M), tolong bukakkan peti ais boleh tak?”. Dan dikhabarkan bahawa SIRI-M menyokong menerimaan arahan suara dalam bahasa Malaysia termasuk dialek utara, penang dan kelantan.

CEO kepada SIRI-M, Tuan HJ Suram berkata,” Sebenarnya tak susah pun nak letak dialek kelantan atau loghat utara dalam SIRI-M,tetapi syarikat Apple sangat malas sejak kematian Steve Jobs.Buatpo nak promote SIRI kalau orang Amerika Syarikat sahaja yang boleh menggunakannya? Ape kejadahnya semua ini?”

Sambil kembang hidung,beliau juga berkata,”SIRI-M dapat berfungsi dengan sangat baik kerana programmer kami yang sangat awesomeness dapat meng’transfer’kan arahan suara dalam bentuk tindakan.Barisan-barisan kod dibawa dalam radiasi yang dihasilkan iPhone dengan tepat.Apabila pengguna mengarahkan iphone supaya menggerakkan sesuatu,contohnya pensel,arahan suara akan mencari perkataan pensel dalam google image,dan radiasi akan mencari bentuk pensel di persekitaraan pengguna.Lalu radiasi iPhone akan bertukar menjadi gelombang dan menggerakkan pensel tersebut.Ini sangat kurang ajar gempak!”

Antara contoh arahan yang sedia diterima SIRI-M ialah:

1)Ketika anda sedang buang air besar,anda malas nak pusing badan dan tarik tali flush, maka anda boleh mengarahkan,”SIRI-M,tolong tarikkan flush belakang ni,maleh la nak pusing”

2)Ketika anda sedang mengorek telinga,putik kapas sudah berada dalam telinga,tetapi anda malas nak memutarkan putik kapas tersebut,anda arah,”SIRI-M,tolong gerudi lubang telinga ni,pleasee,”

3)Semasa menonton tv LED 50 inch, anda sudah memegang remote control.Tetapi ibu jari kanan anda dirasakan jauh untuk menekan punat .Maka anda boleh arahkan,”SIRI-M,tolong tekankan punat 111 guna jari kelingking ni boleh tak?Jauh lah”.

Kami dimaklumkan bahawa aplikasi ini baru dicipta 2 jam yang lalu,mengatasi ciptaan IRIS oleh pembangun android (8jam). SIRIM juga dikatakan akan mengalami penaiktarafan dalam bentuk kandungan dialog twitter seperti, BRO, TROLOLOL, KEWWW, UOLLS dan sebagainya. Yang paling terbaru,mereka bercadang untuk membolehkan SIRIM menerima arahan suara daripada JIN.

Penafian #techtroll

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd