Droid Razr Akan Mula Dijual Bermula Jumaat – Berharga RM1999

Droid Razr Akan Mula Dijual Bermula Jumaat – Berharga RM1999

Diterbitkan pada November 8, 2011 oleh .

Akhirnya, seperti mana yang dinantikan, hari ini pihak Motorola Malaysia telah pun melancarkan peranti yang dinantikan ramai, iaitu Motorola Droid Razr di pasaran Malaysia. Peranti tersebut akan mula dijual bermula daripada hari Jumaat ini, iaitu 11 November 2011 pada harga RM1999. Tiada pakej dan pelan bersama syarikat telekomunikasi diumumkan buat masa ini.

Motorola Droid Razr ini telah diumumkan pada bulan lepas oleh pihak Motorola, sebelum pihak Brightstar Malaysia memulakan pra-pendaftaran pada penghujung bulan Oktober yang lepas.

Melaluinya, ia membawakan rekabentuk tahan lasak, menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, skrin sentuh AMOLED seluas 4.3-inci, kamera 8-megapixel, dan juga menggunakan Android 2.3.5 bersama-sama dengannya. Kemaskini Android Ice Cream Sandwich juga akan diperkenalkan, namun tiada maklumat berkenaan bilakah ianya akan diperkenalkan.

Ulasan ringkas bersama-sama dengan gambar-gambar Motorola Droid Razr daripada acara tersebut akan dibawakan oleh Effi dalam artikel seterusnya.


TIPS & ULASAN