Cari @ Amanz

Salah satu peranti baru yang diperkenalkan oleh pihak Sony Ericsson pada bulan Jun yang lepas adalah Sony Ericsson txt yang mana membawakan peranti dengan papan kekunci QWERTY terbina padanya, yang mana lebih memfokuskan kepada pengguna yang gemar menghantar dan menerima mesej. Dan hari ini, peranti ini sudah pun boleh didapati dari pengedar rasmi Sony Ericsson seluruh negara pada harga cuma RM369.

Melalui Sony Ericsson txt, ia lebih memfokuskan kepada pengguna biasa, dan tiada sokongan 3G padanya, tetapi masih menyokong penggunaan internet melalui kaedah rangkaian lain, termasuk melalui WiFi. Ia juga turut sama menggunakan skrin seluas 2.55-inci, kamera 3.2-megapixel dan pelbagai sokongan asas yang lain.

Para pengguna boleh mendapatkan peranti ini daripada pengedar rasmi seluruh negara. Bersama-sama dengannya, Sony Ericsson Malaysia turut sama mengumumkan peranti Sony Ericsson Mix Walkman pada harga RM439 yang turut memulakan jualannya hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd