Cari @ Amanz

Seperti semua sedia maklum, Malaysia akan menjadi yang terawal di Asia Tenggara yang akan menerima peranti Samsung Galaxy Note, dan menarikya, melalui acara yang diadakan di Jakarta hari ini, pihak Samsung mengumumkan yang mana mereka akan menawarkannya di Malaysia bukan sahaja secara berasingan, tetapi turut sama melalui syarikat telekomunikasi tempatan, iaitu Celcom dan Digi.

Harga peranti tersebut masih lagi tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini. Tetapi beberapa sumber awal mengatakan yang mana ianya akan berharga RM2299 di Malaysia. Mungkin kita akan dapat melihat Celcom dan DiGi mengumumkan pakej dan pelan mereka dalam masa beberapa hari lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd