Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan pelancaran rasmi Samsung Galaxy Note untuk rantau Asia Tenggara, Samsung juga turut sama mengumumkan mengenai Samsung Galaxy Nexus dengan Android 4.0 Ice Cream Sandwich yang dinantikan ramai. Namun begitu, tiada tarikh rasmi mengenai pelancarannya diumumkan pada acara yang menumpukan lebih kepada Galaxy Note ini.

Melalui Galaxy Nexus, ia lebih kepada menumpukan kepada perubahan yang dibawakan oleh Android Ice Cream Sandwich, pada peranti Samsung. Beberapa ura-ura awal memperkatakan yang mana berkemungkinan peranti ini akan dilancarkan di Malaysia sebelum penghujung tahun ini. Namun tiada sebarang pengesahan berkaitan dengannya, memandangkan pihak Samsung dilihat sedang menumpukan perhatian kepada promosi Samsung Galaxy Note yang akan mula dijual bemula daripada hari Jumaat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd