Cari @ Amanz

Seperti semua sedia maklum, Siri merupakan salah satu aplikasi baru yang menjadikan iPhone 4S serba eksklusif. Namun, beberapa ura-ura awal memperkatakan yang mana Apple akan membawakannya kepada iPhone 4 dan lain-lain. Namun kini secara rasminya Apple telah menidakkan perkara ini.

Menurut Apple, buat masa ini mereka tiada sebarang perancangan untuk memperkenalkan Siri pada peranti lain selain daripada iPhone 4S. Perkara ini bukanlah sesuatu kejutan, memandangkan ianya akan menjadi salah satu kekuatan untuk menjual peranti iPhone 4S kelak.

Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa pembangun bebas yang membangunkan sokongan untuk membawakan aplikasi Siri pada peranti lain, termasuk pada iPhone 4 dan juga iPhone 3GS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd