Motorola Defy+ Mula Dijual Jumaat Ini Pada Harga RM1099

Motorola Defy+ Mula Dijual Jumaat Ini Pada Harga RM1099

Diterbitkan pada November 9, 2011 oleh .

Selain daripada Motorola Droid Razr semalam, Motorola Malaysia juga turut sama memperkenalkan lagi satu peranti baru mereka yang berasaskan Android untuk pasaran Malaysia, iaitu Motorola Defy+. Di Malaysia, peranti ini akan dijual pada harga RM1099 dan akan dijual bersama pada hari sama dengan Droid Razr kelak iaitu Jumaat ini, 11 November.

Sama seperti Droid Razr, ia juga turut sama menggunakan platform Android, atau lebih tepat lagi Android 2.3 Gingerbread, didatangkan bersama skrin seluas 3.7-inci, cip pemprosesan 1GHz, dan juga memori sebanyak 512MB RAM. Ia juga didatangkan dengan kamera belakang 5-megapixel untuk merakamkan gambar bersama-sama dengannya.


TIPS & ULASAN