Mari Sertai Amanz Di Google+ – Pelbagai Aktiviti Menarik Akan Dijalankan Melaluinya

Mari Sertai Amanz Di Google+ – Pelbagai Aktiviti Menarik Akan Dijalankan Melaluinya

Diterbitkan pada November 9, 2011 oleh .

Mungkin semua sedia maklum akan yang mana Google telah pun melancarkan perkhidmatan seumpama Facebook Pages pada perkhidmatan laman sosial mereka, iaitu Google+, dan dikenali dengan nama lebih kurang sama iaitu Google+ Pages. Menariknya, kini kami di Amanz juga telah mempunyai sebuah halaman rasmi, dan semua pengguna yang berminat boleh ikuti kami disana, dan beberapa aktiviti menarik telah pun dirancang untuk dijalankan melaluinya.

Di Google+ memandangkan ianya lebih mudah untuk memuat-naik gambar melalui fungsi tarik-dan-lepas, mungkin kami di Amanz akan mengemaskini disana terlebih dahulu, dan mungkin akan mengemaskini halaman Facebook Pages beberapa ketika selepas itu.

Dan salah satu aktivit menarik yang dirancang oleh Amanz melalui Google+ Pages adalah dimana kami bercadang untuk mengadakan ruangan sembang video bersama-sama yang lain, membincangkan pelbagai perkembangan semasa dunia IT bersama-sama dengan rakan-rakan Amanz yang lain melalui Google+. Fungsi ini bakal dijayakan dengan sokongan Hangout padanya.

Namun, ia masih lagi pada peringkat awal perancangan, dan mungkin lebih banyak lagi akan dirancang bersama-sama dengan Google+ tidak lama lagi. Jadi, bagi mereka yang berminat, anda boleh sertai kami di Amanz hari ini, dan mengikuti perkembangan yang sedikit berbeza daripada apa yang kami keluarkan di Facebook Pages. Ayoh~


TIPS & ULASAN