Mozilla Melancarkan Firefox 8 Untuk Windows, Linux, Mac Dan Juga Android

Mozilla Melancarkan Firefox 8 Untuk Windows, Linux, Mac Dan Juga Android

Diterbitkan pada November 9, 2011 oleh .

Walaupun telah boleh dimuat-turun beberapa hari sebelum ini, kini Mozilla secara rasminya telah pun melancarkan pelayar web terbaru mereka, Firefox 8 kepada para pengguna Windows, Mac dan juga Linux, membawakan pelbagai fungsi baru bersama-sama dengannya, dan salah satunya adalah sokogan Twitter yang diintegrasikan bersama-sama dengannya.

Pada masa yang sama, Firefox juga membawakan sokongan untuk hanya membuka tab mengikut permintaan ketika ianya dimulakan, sekaligus memudahkan anda membuka semula tetingkap Firefox dengan tab yang banyak sekiranya tertutup tanpa sengaja.

Selain daripada itu, kini anda perlu memberikan kebenaran pada pelayar web terlebih dahulu sebelum memasang plugin pihak ketiga. Perkara ini adalah salah satu usaha Firefox dalam memastikan pelayaran web para pengguna kekal selamat, dan mereka mempunyai kebebasan penuh untuk mengawal apa yang akan digunakan bersama pelayar web tersebut.

Bagi mereka yag berminat, anda boleh memuat-turun Firefox 8 untuk Windows, Linux dan juga Mac, selain pada masa yang sama, turut mengemaskini aplikasi Firefox pada Android, yang mana membawakan sokongan Master Password untuk memudahkan anda menguruskan semua kata laluan dan nama pengguna padanya.


TIPS & ULASAN