Cari @ Amanz

Salah satu peranti yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia adalah tablet pertama menggunakan cip pemprosesan empat-teras daripada NVIDIA iaitu Tegra 3, dan akhirnya, hari ini Asus secara rasminya telah pun melancarkan Asus Eee Pad Transformer Prime yang pernah diperlihatkan sebelum ini. Ia dijangka akan mula dijual bermula daripada bulan Disember ini. Namun tarikh rasminya di Malaysia masih tidak diketahui lagi.

Melalui Tegra 3, ia menjanjikan prestasi lebih lima kali ganda berbanding Tegra 2, disamping tablet Asus Eee Pad Transformer Prime ini juga dikatakan membawakan jangka tahan bateri sehingga 12 jam, salah satu jangka tahan yang lama jikalau dilihat daripada cip pemprosesan yang digunakannya. Dan dengan papan kekunci yang didatangkan bersama, apabila ianya digabungkan, memberikan jangka tahan sehingga 18 jam menurut Asus.

Pada masa yang sama Eee Pad Transformer juga turut sama membawakan kamera 8-megapixel dan juga skrin sentuh seluas 10.1-inci. Walaubagaimanapun, ianya tidak akan dilancarkan bersama-sama dengan Ice Cream Sandwich, sebaliknya akan diperkenalkan kemaskini Android 4.0 itu sebaik sahaja perisian tersebut dilancarkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd