Cari @ Amanz

Nampaknya bukan sahaja dengan zaman BlackBerry yang popularitinya kian merudum dikalangan pengguna, tetapi pihak pembangun juga, dan bertambah menyedihkan lagi adalah dimana kini Google secara rasminya mengumumkan yang mana bermula daripada 22 November 2011 akan datang ini, mereka akan mematikan sokongan untuk aplikasi GMail pada BlackBerry.

Sokongan yang dimatikan adalah untuk aplikasi GMail yang dipasang, manakala sokongan emel terbina melalui BlackBerry terus akan disokong. Walaubagaimanapun, selepas tarikh tersebut, para pengguna akan terus dapat menggunakannya, tetapi tidak akan disokong oleh Google lagi, bermaksud tiada kemaskini sekuriti dan sebagainya akan dikeluarkan.

Melalui aplikasi GMail untuk Blackberry, salah satu fungsi yang amat menarik adalah sokongan carian emel GMail dengan mudah dan pantas, memudahkan anda melihat arkib emel dengan mudah. Dan berita ini semestinya akan menyedihkan ramai pengguna aplikasi tersebut pada platform BlackBerry.

Beberapa hari sebelum ini, GMail untuk iPhone telah diperkenalkan untuk iPhone, tetapi ditarik semula kerana mempunyai beberapa pepijat padanya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd