Galaxy Tab 8.9 Kini Dijual Di Malaysia Pada Harga RM1699

Galaxy Tab 8.9 Kini Dijual Di Malaysia Pada Harga RM1699

Diterbitkan pada November 9, 2011 oleh .

Selain daripada Galaxy Note yang bakal dimulakan jualan bermula daripada hari Jumaat ini, ia kelihatan yang mana Samsung Malaysia juga telah mula menjual peranti Galaxy Tab 8.9 mereka di Malaysia pada harga RM1699. Namun amat mendukacitakan kerana ia kelihatan pihak Samsung tidak mempromosikannya secara meluas, dan ramai lagi yang tidak ketahui mengenainya.

Pada masa yang sama, pihak kami juga tidak ketahui samada adakah harga tersebut untuk versi WiFi ataupun 3G. Samsung menawarkan versi 3G pada harga tersebut, dimana melalui Galaxy Tab 8.9, ia membawakan Android 3.1 Honeycomb, membawakan kamera hadapan 2.0 megapixel, kamera belakang 3.0 megapixel, skrin sentuh seluas 8.9-inci, dan didatangkan dalam variasi storan seluas 16GB dan 32GB.

Selain daripada itu, pihak Samsung Malaysia juga turut memperkatakan yang mana mereka akan mulakan jualan tablet Galaxy Tab 7.7 di Malaysia sebelum penghujung tahun ini. Nampaknya mungkin kita boleh melihat bulan ini dan bulan hadapan, Samsung melancarkan pelbagai peranti pintar mereka di Malaysia.


TIPS & ULASAN