Adobe Tidak Lagi Akan Menyokong Flash Untuk Android Dan PlayBook

Adobe Tidak Lagi Akan Menyokong Flash Untuk Android Dan PlayBook

Diterbitkan pada November 10, 2011 oleh .

Salah satu aplikasi popular daripada Adobe adalah Flash, dan amat mendukacitakan apabila hari ini, pihak Adobe mengubah fokus mereka, dengan mematikan pembangunan Flash untuk peranti dan platform mudah-alih, yang mana akan menjejaskan Android dan juga PlayBook. Dengan ini juga, mungkin kita akan melihat pembangun lebih memfokuskan HTML5 dalam tahun akan datang.

Walaubagaimanapun, menurut Adobe, mereka akan bekerjasama bersama-sama dengan pembangun untuk menyertakan Flash melalui aplikasi terbina melalui Adobe AIR, dan hanya akan mematikan pembangunan Flash Player untuk pelayar web, dimana mereka tidak lagi akan membangunkannya untuk cip pemprosesa, dan pelayar web, serta versi sistem operasi baru. Dan menariknya, bagi pengguna sedia ada, Adobe akan terus mengeluarkan kemaskini sekuriti untuknya.

Mungkin selepas ini, kita akan dapat melihat serba-sebanyak perubahan pada pembangunan aplikasi berasaskan web yang bergantung kepada Flash, dan mula beralih kepada HTML5 secara berperingkat. Semestinya tahun hadapan akan menjadi salah satu tahun yang menarik untuk HTML5 kelak.


TIPS & ULASAN