Docomo Memperlihatkan Demo Aplikasi Penterjemah Suara Masa-Nyata

Docomo Memperlihatkan Demo Aplikasi Penterjemah Suara Masa-Nyata

Diterbitkan pada November 10, 2011 oleh .

Sebelum ini, pada penghujung bulan Mei yang lepas, Docomo telah pun memperlihatkan salah satu perkhidmatan yang menarik, iaitu perkhidmatan terjemahan suara masa-nyata. Dan kini, selepas beberapa bulan, demonstrasi aplikasi tersebut diperlihatkan, memperlihatkan keupayaan aplikasi tersebut untuk menterjemah dalam masa yang amat pantas sekali.

Buat masa ini, Docomo hanya mengujinya dengan pengguna Jepun terlebih dahulu, dimana melaluinya, ia membolehkan para pengguna Jepun dengan mudah menterjemah percakapan mereka ke bahasa Inggeris dalam masa-nyata, sekaligus mengatasi masalah perbualan antara pelancong dan rakan dengan bahasa ibunda lain diatasi dengan mudah.

Docomo juga mengatakan yang mana mereka mungkin akan membangunkannya untuk bahasa lain tidak lama lagi. Untuk permulaan ini, mereka telah memilih lebih 400 pengguna rawak di Jepun untuk menjalani ujian untuk aplikasi ini dari sekarang sehingga bulan Mac depan. Sekiranya semuanya berjalan lancar, aplikasi tersebut akan diperkenalkan kepada semua pelanggan mereka pada pertengahan tahun kedua 2012 kelak.


TIPS & ULASAN