Cari @ Amanz

Setelah Acer melancarkan laptop ultrabook mereka di Malaysia, kini Asus Malaysia bersama-sama dengan Intel turut sama melakukan perkara sama, dimana mereka telah pun melancarkan dua model untuk pasaran Malaysia, iaitu versi i5 dan juga i7, dimana kedua-duanya boleh didapati di Malaysia bermula hari ini.

Asus Malaysia menawarkan Zenbook UX21E yang menggunakan cip pemprosesan Intel i5 dengan storan sebanyak 128GB pada harga cuma RM3299, manakala model Zenbook UX31E dengan cip pemprosesan Intel i7 dengan storan sebanyak 256GB pada harga RM4499.

Melalui Zenbook, ia membawakan rekabentuk yang amat nipis, dan ringan, disamping membawakan daya tahan bateri yang lama, iaitu lebih daripada 5 jam, dan mampu bertahan sehingga 7 jam, selain mana membawakan sokongan memulakan sistem dalam masa kurang daripada 2 saat.

Bagi mereka yang berminat, mungkin anda boleh mendapatkannya daripada kedai-kedai dan penjual rasmi daripada Asus seluruh negara, disamping mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak ultrabook memasuki arena Malaysia dalam bulan-bulan akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd