Cari @ Amanz

Mungkin semua sedia maklum yang mana Twitter telah pun secara rasminya melancarkan perkhidmatan hos gambar mereka tersendiri dengan rakan kerjasama Photobucket beberapa bulan sebelum ini. Kini, ianya dilihat, perkhidmatan tersebut semakin meningkat naik popularitinya, dan telah pun melangkaui perkhidmatan popular lain seperti Twitpic dan juga YFrog.

Melalui data terkini yang dikeluarkan oleh pihak Skylines, ia memperlihatkan yang mana perkhidmatan rasmi daripada Twitter kini merangkumi lebih 36.1% gambar yang dikongsikan, dan diikuti oleh Twitpic pada 30.3%. Mungkin dalam beberapa bulan lagi, kita akan dapat melihat lebih ramai mula menggunakan perkhidmatan terbina Twitter bersama Photobucket ini lebih meluas lagi.

Buat masa ini, daripada apa yang kelihatan, ramai pengguna iOS yang aktif menggunakan perkhidmatan tersebut, dan diikuti oleh para pengguna web sendiri. Pengguna Android dan juga BlackBerry masih lagi kurang aktif menggunakan perkhidmatan ini buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd