Cari @ Amanz

Google Bakal Menyenarai-Hitamkan Laman Yang Penuh Dengan Iklan?

Oleh Aman

Link Copied!

Sebagai syarikat carian terkemuka, Google semestinya akan mengutamakan para pengguna mereka yang mana mencari pelbagai jenis kandungan untuk dibaca dan diketahui. Dan untuk menjayakan perkara tersebut, kini ia dilaporkan yang mana Google akan mula menyenarai-hitam akan laman-laman yang penuh dengan iklan.

Melalui algoritma baru yang bakal diperkenalkan itu, ianya akan mengambil-tindakan terhadap laman-laman yang penuh dengan iklan, melangkaui daripada kandungan yang ditawarkan, sekaligus menjadikan para pembaca terganggu untuk mendapatkan kandungan yang dikehendaki mereka.

Nampaknya, akhir-akhir ini Google lebih mengutamakan kepada kandungan, dimana sebelum ini, mereka telah memperkenalkan algoritma yang dikenali sebagai Google Panda, yang mana menyenarai-hitam akan kandungan yang tidak asli, dan laman-laman yang dibangunkan dengan penggunaan tag secara salah. Mungkin kelak kita akan dapat lihat lebih banyak laman yang memfokuskan kepada kandungan melalui laman carian Google.


Komen ()