Xbox Generasi Baru Akan Diperkenalkan Pada CES 2012?

Xbox Generasi Baru Akan Diperkenalkan Pada CES 2012?

Diterbitkan pada November 10, 2011 oleh .

Nampaknya, mungkin kita akan melihat Xbox generasi baru tidak lama lagi, apabila kini ia dilaporkan yang mana Microsoft bakal memperkenalkan Xbox generasi baru mereka kepada umum pada acara CES 2012 yang bakal diadakan pada awal tahun hadapan.

Walaubagaimanapun, berkemungkinan besar, ianya mana Microsoft akan sekadar memperlihatkannya sahaja, dan mungkin para pengguna perlu menunggu untuk beberapa bulan sebelum ianya akan mula dijual. Berkemungkinan besar, Microsoft akan mula menjualnya pada penghujung tahun 2012 kelak.

Namun, beberapa perkara yang diketahui adalah dimana buat masa ini, ia menggunakan nama kod, TEN, dan akan turut sama menggunakan antaramuka serupa seperti produk Microsoft yang lain, iaitu antaramuka Metro. Peranti baru itu juga akan membawakan integrasi penuh bersama-sama dengan Windows OS dan juga Windows Phone.

Sama-sama kita nantikan lebih maklumat berkaitan dengan Xbox generasi baru ini tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN