Selain daripada HTC Edge yang diperkatakan akan membawakan cip pemprosesan empat-teras, kini sebuah lagi peranti baru mula diperlihatkan, yang mana diperkatakan akan diperkenalkan oleh HTC pada Mobile World Congress tahun hadapan. Peranti yang dipanggil sebagai HTC Ville buat masa ini itu akan dilancarkan bersama-sama dengan Android 4.0 pada April tahun hadapan.
Melaluinya, ia bukan hanya sekadar membawakan Android Ice Cream Sandwich sahaja, tetapi turut sama akan membawakan HTC Sense 4.0 bersama dengannya. Telefon pintar ini juga dilaporkan akan membawakan skrin sentuh seluas 4.3-inci dengan paparan qHD Super Amoled, menggunakan cip pemprosesan 1.5GHz dwi-teras, kamera 8-megapixel dengan sokongan rakaman video HD.
Pada masa yang sama, ia juga diperkatakan akan membawakan rekabentuk yang amat nipis, lebih nipis daripada iPhone. Mungkin kita akan mendapat lebih banyak maklumat berkaitan dengannya dari semasa ke semasa kelak.