New Straits Time Akan Ditawarkan Dalam Bentuk 3D

New Straits Time Akan Ditawarkan Dalam Bentuk 3D

Diterbitkan pada November 10, 2011 oleh .

Mungkin semua sedia maklum yang mana NST merupakan antara media di negara ini yang memfokuskan kepada teknologi dalam penyampaian berita mereka. Selepas mereka memperkenalkan aplikasi iOS dan juga Android untuk akhbar mereka, kini ia dilaporkan yang mana NST akan turut sama ditawarkan dalam bentuk 3D, bermula esok.

Walaubagaimanapun, ia masih lagi tidak diketahui bagaimanakah penerimaan pengguna terhadapnya. Sehingga kini, ujian kami melihat peranti 3D menjadikan mata cepat letih disebabkan bentuk 3D-nya, dan mungkin pihak NST mempunyai salah satu kaedah untuk mengatasinya.

Dan memandangkan NST merupakan salah satu akhbar keluaran dibawah NSTP, mungkin kelak kita akan turut dapat melihat akhbar lain keluaran NSTP seperti Harian Metro, dan Berita Harian turut memperkenalkan perkara serupa.


TIPS & ULASAN